
- Warranty selama 6 bulan ATAU 20,000km
- Warranty boleh dilanjutkan sehingga 9-12 bulan dengan SYARAT kereta anda mesti dihantar ke bengkel kami untuk menukar minyak gearbox dan filter.
- Jika berlaku kerosakan dalam tempoh 6 bulan, kami akan baiki secara percuma
- Kebiasaannya gearbox akan bertahan melebihi 3 tahun

- Untuk kereta jenis sedan, harga servis membaiki gearbox bermula dari RM1500 ke RM3000.
- Kami membaiki gearbox untuk semua kereta jenis Japan Spec dan Korean Spec.
- Seperti: Proton, Mitsubishi, Honda, Toyota, Hyundai, KIA dan lain-lain.
- Sila hubungi kami terlebih dahulu jika kereta anda adalah Euro Spec.
- Harga pasaran untuk servis ini bermula dari RM2500 dan ke atas.


- Untuk kereta jenis MPV, harga yang kami tawarkan bermula dari RM3500 ke RM4500.
- Kami berpengalaman membaiki gearbox seperti Toyota Alphard, Toyota Estima dan Naza Ria.
- Membaiki gearbox jenis MPV sememangnya mahal, dengan kami anda mendapatkan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.
- Harga pasaran untuk servis gearbox MPV bermula dari RM4500 dan ke atas.
- Untuk kereta mewah seperti BMW dan Mercedes, harga yang kami tawarkan bermula dari RM6500 ke RM8500.
- Kami berpengalaman membaiki gearbox untuk pelbagai model kereta mewah.
- Dengan khidmat kami, anda dapat menjimatkan wang sehingga ribuan ringgit.
- Harga pasaran untuk servis gearbox kereta mewah bermula dari RM8500 dan boleh mencecah hingga ke RM16,000.


Situasi 1: Internal Leak
Pada waktu pagi, kereta tidak boleh bergerak walaupun sudah masuk gear D atau R utk mulakan perjalanan. Kena tunggu engine kereta panas hingga ke 15 minit dan kadang-kadang ada sampai 30 minit. Ini adalah tanda-tanda gearbox mengalami Internal Leak, bermakna tiada pressure dapat dihasilkan oleh sistem hidraulik di dalam gearbox kerana getah seal telah keras. Setelah engine kereta betul-betul panas baru sistem hidraulik dapat berfungsi semula.
Punca berlakunya Internal Leak dalam gearbox adalah disebabkan oleh minyak gearbox tidak ditukar setelah lama digunakan. Kebiasaannya minyak gearbox mesti ditukar setiap 6 bulan. Minyak gearbox yang telah lama tidak ditukar akan menyebab kan getah seal di dalam gearbox semakin keras dan menyebabkan kebocoran pada hydraulic system. Tiada tekanan dapat dihasilkan oleh hydraulic system utk mengubah kedudukan gear di dalam gearbox.
Situasi 2: Masalah Pada Clutch Plate
Semasa dalam perjalanan, masalah berlaku apabila kereta mencapai final gear dan secara tiba-tiba gear pada keadaan FREE. Kereta jadi mengaum dan tiada lajak semasa memandu. Ini terjadi disebabkan oleh masalah pada clutch plate di dalam gearbox. Kebiasaannya, clutch plate yang bermasalah adalah disebabkan oleh mounting kereta.
Jika berlaku gegaran kereta yang terlalu kuat disebabkan oleh keadaan mounting yang tidak sempurna, gegaran tersebut akan mengganggu sistem transmission kerana engine kereta bersambung terus dengan gearbox. Sebarang gegaran akan memberi kesan pada komponen dalam gearbox terutama sekali pada clutch plate. Akan terdapat geseran yang berlaku antara clutch plate, dan ia akan memberi kesan negatif semasa berada di final gear.

Gearbox baru atau recond adalah benda yang sama dengan gearbox asal. Jika pemilik kereta tidak menjaga gearbox, ia tidak bertahan dengan lama kerana masalah yang sama akan terjadi. Sebab itu perlu untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu pada gearbox yang hendak diganti. Kadang kala kita perlu overhaul dahulu gearbox recond atau second hand yang datang dari kedai half cut. Kita tidak tahu bagaimana keadaan sebenar gearbox itu digunakan oleh pemilik dahulu.
Sebagai contoh kereta Proton Perdana, terlalu kerap bermasalah walaupun telah ditukarkan dengan gearbox baru lebih dari 2 kali. Ini disebabkan gearbox asal Perdana memang bermasalah walaupun kita ganti dengan gearbox original, masalah yang sama tetap akan berlaku. Dengan keadaan ini, gearbox tersebut perlu menjalani proses overhaul.
Sekarang, gearbox recond dari Japan semakin kurang disebabkan negara Jepun tidak lagi mengeluarkan gearbox untuk model tersebut dan harga gearbox recond dari Japan semakin mahal. Adalah lebih jimat jika gearbox tersebut kita hantar baiki dan jika perlu kita lakukan overhaul. Harga service jauh lebih murah dari beli gearbox baru dan gearbox tahan jauh lebih lama dan tidak bermasalah seperti sebelum overhaul. Kebiasaannya gearbox selepas overhaul akan bertahan selama lebih dari 3 tahun. Dengan syarat sentiasa tukar minyak gearbox setiap 6 bulan.

Kebiasaannya harga bermula dari RM2500 dan ke atas untuk membaiki atau overhaul gearbox. Tetapi kami menawarkan harga bermula dari RM1500 ke RM3000 untuk kereta jenis sedan. Kami lakukan kerja membaiki gearbox dari buka hingga ke pasang semula gearbox tanpa mengupah pihak ketiga kerana kami memang mempunyai kepakaran lebih dari 5 tahun dalam membaiki gearbox automatik.
Kami menawarkan anda harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran dengan tempoh warranty yang panjang dari 6 bulan hingga ke 12 bulan. Kebiasaanya gearbox yang telah dibaiki boleh bertahan melebihi 3 tahun dengan syarat anda sentiasa tukar minyak gearbox setiap 6 bulan. Penjimatan yang besar untuk anda kerana tidak perlu membaiki semula gearbox yang bermasalah.
Jika kereta anda breakdown di tengah jalan disebabkan oleh kerosakan pada gearbox. Sila hubungi kami untuk towing kereta anda dan dibawa terus ke bengkel kami. Kami akan terus membuat pemeriksaan terhadap gearbox anda. Khidmat towing di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Kami menawarkan khidmat towing PERCUMA sekiranya gearbox anda perlu untuk OVERHAUL!



































