En. MZ : 019-2841665 (Call/SMS/Whatsapp)"Selamat Datang Ke Website Pakar Gearbox, Pengalaman & Kepakaran Kami Dalam Membaiki Gearbox Automatik Lebih Dari 5 Tahun"

Adakah Perlu Untuk Overhaul Gearbox Kereta Auto?

Home / Blog / Adakah Perlu Untuk Overhaul Gearbox Kereta Auto?
In Blog

Soalan tentang overhaul gearbox sering kali ditanya oleh pelanggan kami yang mengalami masalah gearbox pada kereta mereka. Dan sememangnya kos untuk overhaul gearbox lebih mahal dari kos membaiki. Adalah lebih baik untuk diperiksa terlebih dahulu punca masalah gearbox kereta anda sebelum membuat apa-apa keuptusan. Selalunya setiap punca masalah pada gearbox boleh dibaiki sekiranya pengguna kereta tersebut baru sahaja mengalami masalah itu.

Kerosakan kecil pada gearbox masih boleh dibaiki dan dapat menjimatkan kos anda. Dan sekiranya masalah yang dihadapi tidak dibaik pulih secepat mungking, ia akan menyebabkan kerosakan pada bahagian lain di dalam gearbox. Oleh itu, makin banyak masalah yang akan timbul jika masalah yang sedia ada tidak dicegah terlebih dahulu. Kerosakan yang banyak terjadi di dalam gearbox anda akan menyebabkan kesukaran untuk membaiki gearbox tersebut , maka ia perlu melalui proses overhaul gearbox. Sememangnya proses overhaul ini memakan sedikit masa. Ini kerana kami perlu membuat diagnosis setiap punca masalah pada gearbox anda melalui scanner machine.

Semasa pemanduan, anda perlulah sensitif dengan keadaan kereta. Ia boleh diketahui dengan cara mendengar bunyi yang pelik dihasilkan oleh kereta anda. Kadang kala bunyi pelik seperti itu berlaku sekali-sekala dan anda perlu peka kekerapan berlakunya bunyi tersebut. Kemudian boleh menghubungi kami untuk mengenal pasti potensi-potensi masalah yang menyebabkan bunyi itu berlarutan. Anda juga boleh mengesan kelancaran tahap kelajuan kereta anda semasa memandu. Jika terdapat masalah yang disebabkan oleh gearbox auto, ia akan menyebabkan kereta anda sukar untuk menukar gear dan kadang-kala sukar untuk memecut.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dari kami secara percuma, anda boleh menghubungi talian kami bila-bila masa sahaja dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk membantu anda. Adalah lebih baik jika anda datang terus ke bengkel gearbox kami untuk membuat pemeriksaan awal untuk mengenal pasti masalah yang timbul pada kereta anda. Perlu di ingat, tidak semua masalah gearbox perlu untuk melalui proses overhaul. Pihak kami akan memberikan anda servis terbaik yang menjimatkan wang anda kerana kami memahami situasi yang anda lalui. Kepakaran kami adalah untuk menyelesaikan masalah kereta anda.

Recent Posts

Leave a Comment