En. MZ : 019-2841665 (Call/SMS/Whatsapp)"Selamat Datang Ke Website Pakar Gearbox, Pengalaman & Kepakaran Kami Dalam Membaiki Gearbox Automatik Lebih Dari 5 Tahun"

Mengapa sukar untuk mencari bengkel gearbox?

Home / Blog / Mengapa sukar untuk mencari bengkel gearbox?
In Blog

Soalan seperti ini mungkin pernah bermain di fikiran anda sekiranya anda pernah menghadapi masalah gearbox auto. Tidak kurang juga pada gearbox jenis manual, tetapi kebiasaannya hanya gearbox auto yang mempunyai pelbagai ragam. Untuk mencari bengkel yang membaiki enjin, aircond atau tayar adalah mudah untuk dicari. Tetapi tidak untuk bengkel gearbox, memang sukar untuk mencari bengkel yang pakar dalam bidang membaiki gearbox. Dalam erti kata lain sememangnya sukar untuk mencari “auto transmission specialist” di Malaysia ini.

Website pakar gearbox adalah sebuah jenama yang dicipta oleh JV Auto Resources yang merupakan sebuah bengkel yang pakar dalam membaiki enjin dan gearbox. Pengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang membaiki gearbox telah menjadikan bengkel ini pakar dalam menyelesaikan setiap masalah gearbox auto yang dihadapi oleh pengguna. Pelbagai jenis gearbox dari bermacam-macam jenis jenama telah berjaya dibaik pulih, termasuklah kereta-kereta jenis mewah.

Sejak mula kami memperkenalkan servis gearbox ini, telah ramai pelanggan yang berpuas hati dengan servis dan harga yang kami tawarkan. Masalah gearbox yang dihadapi pelanggan telah kami selesaika dengan jayanya. Kerja-kerja membaikpulih gearbox ini kami lakukan dari A-Z tanpa menggunakan khidmat orang ketiga. Semakin banyak masalah gearbox yang kami temui, semakin bertambah pengalaman dan ilmu kami dalam bidang gearbox ini. Sebab itu kami adalah diantara bengkel gearbox yang pakar dalam selok-belok gearbox auto.

Recent Posts

Leave a Comment